Friday, May 6, 2016

2ND KANDANG

25/04/2016

Baru balik dari Kodiang. Settle kan kandang no.2 yg terbengkalai sejak 2 bulan lalu. Terbengkalai sebab tak dak modal nak upah orang so kena la buat sendiri. Nak buat sendiri pulak kena la cari time untuk balik ke Kodiang. Nak drive, kos minyak & tol kena amik kira jugak. Kena la bersusah-susah dulu kan!


So…balik sampai subuh sabtu 23/04, tak tidoq lepas breakfast terus start buat “divider” utk kandang. Alhamdulillah Udin (Anak menakan) ada, boleh minta tolong serba sikit. So, Sabtu dan Ahad dok buat kandang la aku dgn anak menakan. Still banyak lagi nak kena buat……




01/05/2016 (Cuti Hari Pekerja)

Sangkar ke-2

45% siap! Sangkar ke-2 punya progress. Memang slow sebab aku bukan “Tukang”, pakai redah jer buat reban ni. Apapun, jutaan terimakasih kat “Structural and Design Officer” (SADO) En Udin kerana menyiapkan struktur pintu serta pembahagi sangkar dengan jayanya sepanjang aku kat Nilai ni. Ni tingkat 1 dah nak siap. Sangkar kali ni akan menggunakan kaedah pintu “buka depan” dan lebih rendah dari sangkar pertama. Alasan sebab senang nak uruskan, Pegawai Penyelengaraan kemetot semuanya. Kesian tengok dok tenginjat-nginjat waktu bagi makan. Ni lebih kepada “Mesra pekerja” lah ni!! Bila siap sangkar ni boleh menempatkan 30 ekor arnab sekali gus.


STRUCTURAL AND DESIGN OFFICER (SADO) EN.UDIN DGN AWEKNYA!!

No comments:

Post a Comment