Sunday, April 17, 2016

SUFI'S BUNNIES APARTMENT

Ini ‘SUFI’S BUNNIES APARTMENT’. Sekadar memenuhi ruang waktu yang senggang, pelbagai baka arnab hiasan dan pedaging menjadi penghuni 4 unit Pangsapuri 3 tingkat di sini. Terdiri dari baka pedaging yang sememangnya besar seperti keluarga NZ White (Black and Red), Flemish Giant, Chinchilla, Dutch dan Harlequin. Selain dari baka Pedaging, terdapat baka Arnab Hiasan dari keluarga Havana, Mini Satin, Mini Rex, Angora, Teddy Bear dan Lion Head. Kebanyakkan penghuni di sini adalah campuran baka antara kedua-dua jenis pedaging dan hiasan. Walaubagaimanapun, Abah cuba untuk mengekalkan ke “thoroughbred” an semua baka-baka yang ada. Untuk pengetahuan semua, Sufi’s Bunnies Apartment ni adalah sebahagian dari Projek “PADDYFIELD VIEW RABBITRY” yang Abah usahakan di Kodiang Kedah nun! Sini mengkhususkan Arnab-Arnab Hiasan dan aktiviti R & D. Senang nak pantau!! So…Enjoy your visit..sila bagi komen kalau rajin!


PADDYFIELD VIEW RABBITRY n NURSERY (HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN)

15/03/2016

Baik stop dari sekarang dari terus-terusan bermasalah. Itulah hakikatnya kehidupan ini. Nawaitu nak sama-sama ‘senang’, sedetik rasa sedih tengok sahabat susah, tapi itulah perancangan. Apa yang akan berlaku tak terjangka dek akalku yang naïf. JV dengan bekas rakan kongsi nampaknya tak menjadi disebabkan ketidak sepakatan dalam pelbagai hal. Namun untuk aku terduduk, tak mungkin! Aku akan buktikan segala usaha aku ini membuahkan hasil dan faedah kepada orang yang sama-sama mengusahakannya. Hidup jangan pentingkan diri! Jangan sesekali menyusahkan orang!

Dek kerana sebab musabab yang tak boleh dielakkan, “ARNAB GUMUKS ORGANIC FARMING aka AGOF” akan berpindah ke lokasi baru iaitu di Kodiang Kedah. Akan diusahakan secara bersama oleh ahli Keluarga anak n menantu serta dibantu oleh cucu2 Che’Gu Midon n Che’gu Amnah.  Semoga dipermudahkan oleh Allah swt segala urusan yang baru hendak bermula ini. Kini Ladang arnab kami sudah bertukar nama kepada “PADDYFIED VIEW RABBITRY (PVR)” bersempena dengan lokasi ladang yang terletak di belakang teratak pusaka arwah Abah dan Mak kami. InsyaAllah, bagi aku masa untuk me’replan’ segala perancangan dan perlaksanaan.
Kandang WIP


WIP

2nd Kandang