Ini ‘SUFI’S BUNNIES APARTMENT’. Sekadar memenuhi ruang waktu yang
senggang, pelbagai baka arnab hiasan dan pedaging menjadi penghuni 4 unit Pangsapuri
3 tingkat di sini. Terdiri dari baka pedaging yang sememangnya besar seperti
keluarga NZ White (Black and Red), Flemish Giant, Chinchilla, Dutch dan Harlequin.
Selain dari baka Pedaging, terdapat baka Arnab Hiasan dari keluarga Havana,
Mini Satin, Mini Rex, Angora, Teddy Bear dan Lion Head. Kebanyakkan penghuni di
sini adalah campuran baka antara kedua-dua jenis pedaging dan hiasan.
Walaubagaimanapun, Abah cuba untuk mengekalkan ke “thoroughbred” an semua
baka-baka yang ada. Untuk pengetahuan semua, Sufi’s Bunnies Apartment ni adalah
sebahagian dari Projek “PADDYFIELD VIEW RABBITRY” yang Abah usahakan di Kodiang
Kedah nun! Sini mengkhususkan Arnab-Arnab Hiasan dan aktiviti R & D. Senang
nak pantau!! So…Enjoy your visit..sila bagi komen kalau rajin!
No comments:
Post a Comment