Friday, May 6, 2016

2ND KANDANG

25/04/2016

Baru balik dari Kodiang. Settle kan kandang no.2 yg terbengkalai sejak 2 bulan lalu. Terbengkalai sebab tak dak modal nak upah orang so kena la buat sendiri. Nak buat sendiri pulak kena la cari time untuk balik ke Kodiang. Nak drive, kos minyak & tol kena amik kira jugak. Kena la bersusah-susah dulu kan!


So…balik sampai subuh sabtu 23/04, tak tidoq lepas breakfast terus start buat “divider” utk kandang. Alhamdulillah Udin (Anak menakan) ada, boleh minta tolong serba sikit. So, Sabtu dan Ahad dok buat kandang la aku dgn anak menakan. Still banyak lagi nak kena buat……




01/05/2016 (Cuti Hari Pekerja)

Sangkar ke-2

45% siap! Sangkar ke-2 punya progress. Memang slow sebab aku bukan “Tukang”, pakai redah jer buat reban ni. Apapun, jutaan terimakasih kat “Structural and Design Officer” (SADO) En Udin kerana menyiapkan struktur pintu serta pembahagi sangkar dengan jayanya sepanjang aku kat Nilai ni. Ni tingkat 1 dah nak siap. Sangkar kali ni akan menggunakan kaedah pintu “buka depan” dan lebih rendah dari sangkar pertama. Alasan sebab senang nak uruskan, Pegawai Penyelengaraan kemetot semuanya. Kesian tengok dok tenginjat-nginjat waktu bagi makan. Ni lebih kepada “Mesra pekerja” lah ni!! Bila siap sangkar ni boleh menempatkan 30 ekor arnab sekali gus.


STRUCTURAL AND DESIGN OFFICER (SADO) EN.UDIN DGN AWEKNYA!!

HAVANA & MINI SATIN

 25/04/2016


Edisi Terbaru @ Sufi’s Bunnies Apartment (SBA)

Ni dia 2 ekor budak baru kat SBA.  Jeremy (Havana) & Megan Fox (Satin). Megan ni kaler hitam pekat (Black) & si Jeremy ni plak kaler “Black Otter”. Buat kawan dgn Ron n Bella. Btw, introduction to all, Ron (Satin – Jantan) dan Bella (Havana – Betina) dah 3 bulan jadi penghuni SBA. Dua ekor budak ni ada Pedigree (Surat Beranak masing2). So abah nak make sure anak2 depa ni pun pure breed gak. So sbb tu abah beli pasangan masing2. InsyaAllah, yang betina ni dah berjaya di buntingkan dah minggu lepas. Lagi 3 minggu, dapat la baby baru…yeah!! Sama-sama kita tunggu.

BELLA - MINI SATIN


JEREMY - MINI SATIN
RON - HAVANA
MEGAN FOX - HAVANA

CROSS BREED REX + NZW

23/2/2016
PROJEK CROSS BREEDING ‘MINI REX (MR) & NZ WHITE (NZW)’

Hari tu (23/2/16) ibu NZW aku beranak 5 ekor anak. Aku tak tau dia pregnant pun sebab seingat aku bapa MR aku hari tu gagal perform sebab faktor saiz. Ibu bagak, bapak ketot…susah woo!! Aku tinggal kan depa lepak satu malam sekali….mana tau kot-kot lekat… Tau-tau dah beranak…Salah aku tak tanda kalender depa kawin, akibatnya sebab tak prepare, 3 ekor sudah terjatuh ketanah ikut lubang yang aku sendiri tak perasan ada kat situ….pendek crita, 2 mati dan 3 hidup (sekor terjumpa kat rumput depan kandang 2 hari kemudian!). 

NGOI THE SURVIVOR!

25/02/16 (Thursday)

Malam semalam lepas kenyang pekena maggi sebungkus aku lepak2 kat depan kandang Rabbit aku, tetiba aku nampak 1 kepala putih terjengoi-jengoi kat celah2 rumput dan batu – bata depan kandang aku tu. Ingatkan tikus yang nak main ‘Kuk Chak’ dgn aku, bila aku check, MasyaAllah! Baby rabbit rupanya! Ni mesti baby dari ibu yang beranak 2 malam lepas. Aku dah check 2 hari  2 malam tak der ler pulak nampak dia kat rumput! Miracle giler…boleh survive lepas 2 hari! So..aku nak panggil dia “NGOI” sempena kejadian “Jengoi” malam semalam. So ‘Ngoi’, you better live after what you’ve been through this couple of days. Chaiyukkk Ngoi!!

26/04/2016

NGOI @ 2 MONTHS YOUNG


Umur Saya dah 2 bulan!!

Cute tak saya????